Pages

Wednesday 3 April 2013

BUBAR 3 April


Alhamdulillah, setelah hampir setahun dalam tempoh penantian (Tahukah anda bahawa penantian satu penyeksaan), maka secara rasminya pada hari ini (3 April 2013), Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak membuat Pengumuman Rasmi Pembubaran Parlimen setelah beliau mengadap Yang Di-Pertuan Agung pada pagi tadi.



Ramai penonton & pendengar mendapati terdapat beberapa perkara aneh yang berlaku dalam Ucapan Pengumuman Khas beliau tersebut yang disiarkan secara langsung di kebanyakan saluran tv & radio tempatan. Antaranya ialah Najib yang yang masuk ke ruang pengumuman dengan muka suram sedangkan Timbalannya, Muhyiddin tersenyum lebar sebaik sahaja memasuki ruang tersebut hingga tamat sesi tersebut. Riak muka Najib pula kelihatan suram & gelisah sebaik sahaja memasuki ruang tersebut sehinggalah berakhir ucapan pengumumannya. Namun perkara utama yang menarik perhatian ramai rakyat Malaysia ialah Najib yang telah mengumumkan Parlimen telah dibubarkan pada 3 April 2012! 



Wallhua'lam, sama ada memang teks yang beliau bacakan itu memang tersilap taip, sama ada beliau gemuruh, sama ada itu teks lama, ataupun ada sebab-sebab lain yang tidak dapat dipastikan. Selain itu, pelbagai komen lain juga dilontarkan, seperti pakaian Najib (kot & tali leher yang senget) dan pelbagai lagi komen yang kadang-kadang mencuit hati...

YB Siti Zailah bersama DJ Jeming Hassan

Temubual Konti Bersama YB Siti Zailah


Selepas daripada pengumuman pembubaran dilakukan, pihak kami sempat menjemput YB Siti Zailah (Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat/ Ahli Parlimen Rantau Panjang) ke konti Radio Wau FM untuk ditemuramah respons beliau bersama berkenaan dengan Pengumuman Khas Najib itu. Saksikan rakaman video Respons bersama Kak Lah tersebut & Komen beliau mengenai Pasca Bubar :Serangan Media terhadap Kelantan.

Kak Lah menurunkan tandatangan beliau di Bunting Wau FM

Selain YB Siti Zailah, pihak kami juga berkesempatan menjemput YBhg Hjh Mumtaz Md Nawi (Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat/ Bekas Senator Kelantan) ke konti Wau FM untuk ditemuramah pandangan & respons beliau mengenai pembubaran yang 'baru' sahaja diumumkan Dato' Seri Najib pada jam 11.30 pagi tadi.

Hjh Mumtaz bersama DJ Jeming

0 comments:

Post a Comment