Pages

Sunday 7 April 2013

JELAJAH Treler Negara Berkebajikan ke Negeri Kelantan


Insya-Allah krew Wau FM akan bersama-sama mengiringi rombongan Siri Jelajah Treler Negara Berkebajikan ke Negeri Kelantan yang Insya-Allah akan berada di lokasi terpilih seluruh Kelantan bermula dari 11 hingga 13 April 2013. Sepanjang program dan aktiviti dalam siri jelajah di Kelantan akan disiarkan secara LIVE di Radio Wau FM : Lebih Tinggi Dari Biasa. 


Jadual Rasmi Jelajah di Kelantan


Siri jelajah di Kelantan yang diselia sepenuhnya oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan akan memulakan program jelajahnya di pelbagai lokasi bermula seawal jam 9.00 pagi sehinggalah berakhir pada jam 12.00 tengah malam. Sebelum singgah di Kelantan, Treler Negara Berkebajikan ini dijadualkan akan menjelajah Negeri Terengganu dan kemudiannya selepas menjelajah Kelantan, treler tersebut akan menjelajah pula negeri Perlis.


Treler Negara Berkebajikan


Kepada semua pendengar yang berada berdekatan dengan lokasi singgahan Jelajah Treler Negara Berkebajikan ini, bolehlah beramai-ramai menyerbu lokasi singgahan untuk melihat dengan lebih dekat treler canggih ini disamping memeriahkan pelbagai aktiviti dan program yang bakal diadakan di setiap lokasi singgahan nanti. Di samping itu, anda juga berpeluang untuk berjumpa dengan DJ & Krew Wau FM di setiap lokasi tersebut..

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, Jom beramai-ramai!..
Kepada yang tidak berkesempatan, bolehlah mendengarkan LIVE di Wau FM : Lebih Tinggi Dari Biasa...


MAKLUMAN!!!


Oleh kerana Treler Jelajah Negara Berkebajikan mengalami kerosakan bocor 'hidraulik', maka siri Jelajah di beberapa lokasi di Kelantan (Pasir Putih, Machang, Kuala Krai & Pasir Mas) terpaksa DIBATALKAN dan Insya-Allah bakal ditunda ke tarikh kemudian kelak.

Treler dijangka dapat siap dibaiki dan terus datang ke Padang Perdana, Kota Bharu  untuk digunakan bagi program Himpunan K Kelantanku Hijau pada hari Jumaat, bermula Solat Maghrib berjemaah. Jangan lupa beramai-ramai ke sana!!!


0 comments:

Post a Comment